Followers

Top 10 Most Annoying Things Other Drivers Do

Tuesday, July 26, 2011
Salam 1 Malaysia semua. Lama nya tak keudara huhu

ok... entry kali ni berjudul 'Top 10 Most Annoying Things Other Drivers Do'

well kita semua tahu kan macam mana gelagat pemandu-pemandu ni... baik yang memandu kereta, lori, bas, traler malah tidak terkecuali mereka yang menunggang motosikal. Macam-macam ragam yang boleh kita lihat. Kadang-kadang tu sampai merbahayakan nyawa orang lain. AND paling teruk perbuatan mereka ni sangat-sangat la 'ANNOYING'

Jom kita sama-sama share apa benda yang kerap and selalu dibuat oleh pemandu-pemandu yang dimaksudkan yang boleh dikategori kan sebagai 'ANNOYING'

1) Memandu Sambil Menggunakan Mobile Phone

Perbuatan ni lah yang paling lazim dilakukan oleh kita semua. kan? kan? kan? Waktu-waktu ni la kita dok sibuk call 'Mak kite' la, 'Bapak kita' la, 'Lover kita' la and macam-macam lagi. Malah time tengah memandu macam ni la mereka si pemandu yang tergolong dalam ni dok sibuk bertanya khabar. HAISH! Masalah betul. Memandu sambil menggunakan Telefon ni SANGAT SANGAT SANGAT la MERBAHAYA. Bukan setakat bahayakan diri sendiri, Malah merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.



Malah lebih meng'annoying' kan (cewah.. ape punya bahasa la ni :P) dah la guna telephone waktu tengah memandu kenderaan. Cara pengendalian kenderaan tu sangat la MENYUSAHKAN orang lain. Memang percuma kena Sumpah Seranah orang lain gara-gara sikap mereka.
Contoh kelakuan :
  • waktu tengah memandu + menggunakan telefon ni... bawa kereta macam siput B*B*. Benda ni selalu terjadi, tak kira la kat 'Highway' ker Jalan Bandaran ker malah Jalan-Jalan Kampung. Duduk lorong laju kat highway tapi bawa kereta 60 km/h jer. Tak ker hangin orang lain. Kalo kat Jalan Lain (especially Jalan 2 lorong) pulak, bawak selembab yang boleh sambil bergayut. Kenderaan lain dah bersusun-susun dekat belakang macam Keretapi. Sangat lah menyusahkan orang lain HANYA KERANA SIKAP MEREKA INI!




2) Tidak Menggunakan 'Signals'




Habit untuk tidak menyalakan lampu isyarat ni, sangatlah meng'annoying'kan. Why? Because ia nya menyebabkan pemandu lain menjadi huru-hara, kelam-kabut, Bahkan lebih teruk lagi, menyebabkan nyawa pemandu kenderaan lain dalam bahaya. Mana tak nya, gara-gara mereka ni, pemandu lain boleh terlibat dalam kemalangan.

Lagi satu, sepanjang pemerhatian Fazril, 'Women Driver' selalu melakukan benda ni. hehe buka prejudice yer tapi kenyataan. lagi-lagi pemandu wanita muda @ Remaja lah. Kalau nak belok simpang, main keluar ja macam tut....
Contoh kelakuan :
  • Kita tengah layan dan sedap-sedap drive kete ni. then suddently, kereta depan tibe-tibe saje belok ker selekoh. Meaning that mereka ni dengan tiba-tiba break mengejut and posing. Off course kita selaku pemandu dibelakang ni SHOCK and terkejut. Kalo nasib tak baik alamatnya kereta depan tu memang kena sondol la dengan kereta belakang.



Ok. itu die 2 perkara yang 'ANNOYING' yang selalu dan kerap dilakukan oleh pemandu-pemandu kenderaan :). Next 8 lagi akan Fazril post kan kat entry berikut nya.

P/S jangan lupa Komen eh :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails